Patut ke usahawan belia abaikan pendidikan IPT?

April 3, 2011
By furydose

Saya terbaca satu blog bertajuk “Should Young Entrepreneurs Ditch College?”

So aku juga hendak beri ulasan pasal isu nih

I belum lagi seorang full time usahawan tapiĀ  dalam masa yang terdekat ini insyaallah akan melebarkan sayap saya dan akan menceburi bidang ini secara full-time. Walaupun begitu saya percaya bahawa keusahawanan adalah suatu mentaliti dan bukannya pada pangkat yang tertulis di business card korang.

Bagi aku la, sekurang-kurangnya korang kena ada degree business, kalau korang tak nak amik degree cam engineering, medic & sebagainya. Kenapa? Sebabnya:

Ilmu Korang boleh katakan yang korang boleh belajar dari buku atau pengalaman dan sebagainya. Tapi berapa lama yang perlu korang bazirkan untuk sampai tahap yang memuaskan? Itulah sebab kita berguru supaya mereka dapat menunjuk kita ke jalan yang lurus dan tersesat kerana kurangnya ilmu.

Ada seorang rakan saya mempunyai perniagaan dan dia tidak mempunyai ijazah perniagaan. Dia tidak mahu melabur dalam pemasaran dan mempromosikan perniagaannya. Perkara ini berlaku bukan kerana dia tidak ada duit, tetapi dia tidak tahu berapa banyak duit yang boleh dilaburnya. Ini kerana dia tidak pandai dalam membentuk strategi memilih harga untuk produknya serta kekurangan ilmu perakuanan. Semua ini boleh dipelajari dengan mengambil ijazah pengurusan perniagaan.

Networking Tidak ada tempat lain yang akan memberikan anda peluang unutk mencari rakan-rakan yang mempunyai pemikiran yang serupa dan cita-cita untuk menjadi usahawanan. Mereka kelak yang akan membantu korang dalam perniagaan korang kelak. Malah bukan rakan-rakan sahaja, lecturer korang pun boleh membantu. Kebanyakan lecturer korang mempunyai rangkaian networking yang luas, so diorang mungkin mempunyai kenalan yang boleh membantu perniaggaan korang.

Kredibiliti Kita tak boleh nafikan bahawa bila seseorang ada degree orang akan lebih trust kitorang berbanding seseorang yang tiada degree. Tycoon-tycoon sekaran boleh la sebab zaman diorang muda-muda dulu bukan senang nak dapat masuk universiti.

Banyak sebab untuk sertai IPT. Senang kata kalau korang takde idea perniagaan, lebih baik korang ambil mana-mana kursus pengajian pernagaan. Korang tidak akan dapat nampak peluang perniagaan di luar sana kalau korang tidak ada ilmu untuk mengenal pasti dan menilainya. Aku pun macam itu gak, kalau tidak ada ilmu yang aku belajar dekat universiti takkan aku nampak pelbagai peluang perniagaan di dalam bidang aku sebagai pelajar pengkhususan pemasaran. So ambil subjek yang ko minat, pergi menuntut ilmu dan sentiasa mengambil inisiaitf untuk peka dengan peluang perniagaan yang mungkin muncul. Sebab korang adalah…

Usahawan Belia!

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*