Kebanyakan dari korang nak jadi usahawan tapi ramai yang complain pasal tak tau apa biznes nak buat. Ada macam-macam perniagaan korang boleh buat, takkan takde satu yang korang minat kot? Tapi memang ada yang lagsung tak dapat cari. So, meh kita tengok sebab-sebab usahawan belia selalu terlepas peluang perniagaan yang lumayan.
Tiada Keinginan
Memang kena sebut ni pasal banyak sangat ‘usahawan’ yang sebenarnya separuh hati pasal nak menceburi bidang keusahawana. So bila separuh hati maka tak banyaklah usaha yang dilaburkan untuk mencari perniagaan. Contohnya, kita malas nak membaca majalah-majalah keusahawanan so memanglah tak jumpa apa-apa pun peluang perniagaan.
Tiada Ilmu
Selalunya kita tak mampu mengenalpasti adanya suatu peluang perniagaan sebab kita tak mempunyai ilmu untuk menganalisa & mentafsir suatu situasi tersebut. Contohnya, seorang ahli perniagaan dapat mengenal pasti bahawa terdapat permintaan untuk perkhidmatan mnghantar barangan runcit ke rumah seperti doorstep.my. Satu lagi contoh adalah dimana seorang doctor dapat mengenal pasti ketiadaan sejenis ubat yang mengubati penyakit yang khusus serta tidak mempunyai sebarang persaingan dari syarikat ubat lain. Kedua-dua situasi ini memerlukan ilmu dan pengalaman di pihak ahli perniagaan & jurutera tersebut.
Tidak Peka
Walaupun dengan keinginan dan ilmu, usahawan belia tetap tidak dapat melihat peluang perniagaan yang ada kerana mereka ini tidak cukup peka terhadap perubahan yang berlaku disekeliling mereka. Kebanyakan belia hanya kisahkan akan hal-hal kehidupan mereka dan tidak mahu ambil tahu akan perkara lain seperti isu ekonomi dan politik negara atau dunia. Paling kurang pun cubalah perhatikan peniaga-peniaga yang berjaya dan lihatlah apa yang membuatkan mereka berjaya.
Dunia memang luas dan terdapat pelbagai peluang untuk kita tangkap jika ada rezeki dan kemahuan. Kalau takde kemahuan, maknya korang takkan berusaha atau mengambil berat dalam mencapat matlamat korang. So, buat apa mengatakan korang nak jadi usahawan. Akhir sekali, kuatkan semangat dan mulakan pejalanan anda dengan mencari ilmu yang sebanyak yang mungkin, suatu hari nanti pasti anda akan melihat pelbagai peluang untuk berjaya kerana korang semua adalah…
…usahawan belia!



