Baru-baru ini ada kawan tanya pasal suatu peluang perniagaan. Aku tengok macam skim cepat kaya je. Malangnya ini bukan kali pertama ada orang tanya soalan macam ini. Oleh itu, nak share la sikit hari ini senarai beberapa perkara korang boleh lakukan untuk mengenal pasti sama ada sesuatu ‘peluang perniagaan’ adalah skim cepat kaya atau tidak. So enjoy!
Kaji Maklumat Kewangan/Syarikat
Dapatkan maklumat kewangan syarikat tersebut dan kaji sama ada prestasi kewangan mereka adalah bagus atau tidak. Kalau tak bagus, maksudnya realiti ini bercanggah dengan kejayaan & kekayaan yang telah mereka janjikan. Kalau bercanggah, memang korang patut berwaspada kalau korang tak nak reject seratus peratus. Kalau tak boleh kaji makulumat kewangan, korang google je lah nama syarikat atau program yang di promote tuh. Mesti ada orang yang ada bincangkan perkara ini kat internet.
Kaji Produk
Selepas sesi brainwash pengenalan program pelaburan tuh, bawak balik sebarang dokumen atau risalah pasal program tuh. Kalau dia tak kasi, lagilah korang patut lupakan program tuh. Bawak balik risalah dan kaji produk itu. Bandingkan dengan produk-produk & program-program yang sewaktu dengannya. Kaji balik pengiraan & keuntungan yang diorang beritahu. Fikir balik, logik tak anggaran diorang. Contohnya, boleh tak korang dapat 300 pembeli sebulan? Mingkin boleh tapi berbaloi ke? Kalau korang rasa ia berbaloi, teruskan ke langkah seterusnya.
Rajin Bertanya
Tanya promoter program pelbagai jenis soalan. Soalan pelik-pelik pun boleh, malah lebih bagus kerana soalan ini akan mudah buat si promoter mudah tersasul, tersilap dan terbocor perkara-perkara yang mereka selalu sembunyikan. Cuba tanya saiz pasaran produk ini, berapa ramaikah orang yang sedang menyertai program ini dan apakah ciri-ciri pelanggan perotensi & apakah bantuan yang akan diberikan kepada korang untuk mendapatkan keuntungan. Lagi kelam kabut diorang lagi korang perlu berhati-hati.
Fahami terma & syarat-syarat
Korang mungkin tak pandai bab-bab perundangan & kontrak ni tapi tak salah untuk baca. Kalau baca, mungkin korang ada ternampak perkara-perkara yang mencurigakan dalam kontrak tersebut. Kalau tak baca, memang rugi sebab kata-kata tak boleh bawak mahkamah tapi kontrak boleh.
Temubual pelabur-pelabur lain
Ini memang tak perlu citer sangat lah. Apa lagi cara yang sesuai nak kaji kelebihan & kekurangan sesuatu perniagaan melainkan tanya pelabur-pelabur lain. TETAPI…pastikan bukan rakan-rakan si promoter tadi tuh sebab mungkin diorang dah berpakat untuk menipu supaya korang cepat terpedaya. Seelok-eloknya, cari pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dengan si promoter. Paling best cari yang dah berhenti. Pendapat orang yang dah berhenti mungkin akan berat sebelah tapi sekurang-kurangnya korang ada maklumat dari pelbagai pihak.
Tanya pendapat rakan-rakan
Cuba kongsikan peluang perniagaan ini bersama rakan-rakan korang. Memang sure ada orang yang bersifat negatif atau kurang bijak dalam menilai perniagaan ini. Tetapi yang penting adalah korang dapat melihat perkara-perkara yang korang tak nampak sebelum ini. Perspekstif yang pelbagai akan memastikan korang tak terlalu cepat teruja dengan suatu idea perniagaan.
Ambil masa & jangan terburu-buru
Sabar it suatu kemestian, terutama dalam menganalisa suatu perkara. Mungkin dalam perniagaan korang perlu buat sesuatu dengan cepat tetapi itu hanya bila kita sudah tahu bahawa apa yang dibuat adalah betul. Kalau tak lebih baik berhati-hati. Lebih baik lambat daripada salah terutama bab-ba skim cepat kaya sebab kalau betul ia pelaburan yang hebat kemungkinan besar hanya para usahawan jutawan yang akan diberitahu peluang ini. Ye la, kan…orang macam inilah yang patut mereka pergi bukan orang-orang yang mempunyai jumlah wang yang tak seberapa (macam aku gak)
Sesuaikah pelaburan ini dengan kemahiran & bakat anda?
Yang penting sekali setiap pelaburan memerlukan korang semua untuk melabur dalam sesuatu dan kebanyakan skim cepat kaya dia mintak korang cari mangsa pelabur lain. Kalau aku, dengar ini je aku terus reject. Sebab kalau laku sangat tak payah lah perlu aku buat kerja merekrut lagi. Apa-apa pun, pastikan bahawa adakah korang mampu mencari rekurt-rekrut ini. Adakah korang mempunyai kemahiran & bakat dalam menipu meyakinkan rakan-rakan anda untuk menyertai program pelaburan korang?
At the end of the day, semua skim ini adalah kerja jualan/sales. Ada rekrut ada duit. Halal atau Haram (memang pun haram sebab tiada barangan atau perkhidmatan bertukar tangan), memang ada kemungkinan korang boleh dapat untung tapi ingat kalau korang punya kawan tak puas hati siapa yang akan terima kesannya kelak. Korang jugak, walaupun korang jugak antara orang yang tertipu. So, fikir baik-baik kerana kami…
…usahawan belia…




