Keusahawanan Adalah Suatu Sikap, Mentaliti dan Cara Berfikir

April 11, 2010
By furydose

Dalam artikel-artikel sebelum ini tiada langsung saya kaitkan jenis produk, keadaan ekonomi, jumlah wang dan sebagainya. Kerana hakikatnya keusahawanan adalah suatu mentaliti, cara pemikiran, & attitud. Ia tidak boleh dipindah milik, hanya boleh dipelajari. Malah buku teks keusahawanan, anda perlu baca sendiri utk mendapat manfaatnya.

Mahu atau tidak, mentaliti, cara pemikiran dan sikap ialah hakikat keusahawanan yang sebenar. Ianya tidak boleh di pindah milik tetapi hanya boleh dipelajari. Terdapat perbezaan yang ketara antara usahawan yang tagihkan ilmu berbanding dengan yang lain. Mereka akan sentiasa mencari idea baru, dan merancang untuk merealisasikannya.

Janganlah apabila ada tawaran perniagaan lumayan barulah tergesa-gesa hendak jadi usahawan. Usahawan memerlukan perancangan yang banyak, untuk ia menjadi sumber pendapatan yang berterusan dan boleh diharapkan.

Seorang usahawan adalah seorang yang  mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang tinggi. Apa yang saya katakan ini merujuk kepada kata-kata Jutawan Internet Dr Irfan Khairi sesebuah perniagaan akan menjadi stabil dan matang sekiranya ianya mampu bertahan lebih dari 3 tahun. Kesimpulannya elakkan apabila ada tawaran lumayan, barulah tergesa-gesa hendak menjadi usahawan. Sesuatu perniagaan yang ingin diceburi memerlukan perancangan yang teliti kerana ianya akan menjadi nadi  kepada sumber pendapatan yang berterusan kelak.

Kebanyakan usahawan terpengaruh dengan perniagaan  ‘buat duit automatik’ tetapi tidak mahu memikirkan apakah sistem disebalik perniagaan ini yang membuatkannya berjaya. Sebagai contoh apakah disebalik sesuatu sistem Multi Level Marketing(MLM) yang menyebabkan seseorang itu berjaya. Adakah ianya ‘money game’ iaitu penjanaan wang berlaku hanya berteraskan berapa org yang berjaya dibawa masuk kedalam sistem. Ataupun perniagaan yang berteraskan penjualan produk dan sebagainya. Hasilnya mereka yang terperangkap tidak mampu mengaplikasikan atau mengolah perniagaan ini mengikut kesesuaian industry lain dan perubahan zaman. Ingatlah pepatah berbahasa inggeris yang berbunyi, ‘The Only Constant Is Change’.

Saya pernah mengutuk pelajar-pelajar yang menjual dadih, karipap dan MLM di asrama university saya dahulu. Tak salah menjual perkara sedemikian tetapi apakah yang korang belajar daripada pengalaman tersebut. Seorang usahawan jati akan sentiasa dapat belajar sesuatu dari apa-apa sahaja pengalammannya. Contohnya, si penjual dadih ini belajar bagaimana hendak tawar-menawar dengan pembekal dadih supaya dapat harga yang lebih murah berbanding penjual dadih lain (yang sememangnya banyak kat university pun). Kalau macam ni bagus lah, kerana pengalaman ini berguna untuk masa dia akan datang. Kalau menjual setakat nak dapat untung semata-mata tak payah lah.

Usahawan Belia Boleh!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

One Response to Keusahawanan Adalah Suatu Sikap, Mentaliti dan Cara Berfikir

  1. [...] sayap saya dan akan menceburi bidang ini secara full-time. Walaupun begitu saya percaya bahawa keusahawanan adalah suatu mentaliti dan bukannya pada pangkat yang tertulis di business card [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*