Bukan apa yang anda jual tetapi juga cara anda menjualnya…
“Kejayaan seorang usahawan bukan hanya bergantung kepada produk tetapi juga pemasaran, logistik, pengurusan pekerja, pengurusan kewangan dan sebagainya…”
Kejayaan seorang usahawan bukan hanya bergantung kepada produk semata-mata. Saya percaya masa kini sesiapa sahaja mampu untuk menghasilkan 101 jenis produk yang baru setiap bulan. Malangnya yang mendapat tempat dihati pelanggan mungkin dua ataupun tiga sahaja. Jelaslah faktor kejayaan utama bergantung kepada teknik pemasaran yang berkesan , logistic, pengurusan pekerja yang efisyen serta pengurusan kewangan dan bukanlah bergantung kepada produk semata-mata.
“Sesuatu pernigaan berjaya harus mempunyai ‘the edge’, kelebihan mutlak berbanding pesaing anda.” – Bob Parson, http://shortn.me/qUz
Sesuatu perniagaan yang berjaya harus mempunyai ‘the edge’ iaitu kelebihan mutlak berbanding pesaing lain. The edge bagi perniagaan anda mungkin adalah kualiti perkhidmatan pelanggan yang tinggi atau penghantaran yang paling laju (ABX – last pick up , first delivery) , atau mungkin tiket penerbangan paling murah( Air Asia – everyone can fly) di asia tenggara. Jadi wajib bagi seorang usahawan mencari dan kenali apakah kelebihan yang perlu ada pada perniagaannya bagi menjamin kejayaannya .
Terdapat sesuatu gerai menjual char kuey teow yang bukan saja membuat produknya lebih sedap malah boleh membuat gerainya menarik dengan menanyi sambil memasak. Ini membuatkan pelanggan lebih tertarik kepada gerai tersebut. Kalau anda ditempat pelanggan, mestilah terhibur dan kemudiannya akan mengesyorkan kedai itu kepada rakan-rakan yang lain. Ia boleh dikatakan ‘marketing’ dia lebih bagus berbanding peniaga char kuey teow lain.
Francais seperti McDonald bukan saja menjual burger tetapi sebenarnya menjual system perniagaan yg Berjaya. DIi sebalik kaunter pelbagai system pengurusan sedang dilaksanakan seperti pengurusan pekerja, kualiti makanan, logistic dan sebagainya. Inilah yg membuatkan McDOnald laku walaupun semasa kemelestan ekonomi.
Ramai kawan saya yang mengusahakan gerai makan mengeluh akibat pelanggan sekarang hanya datang ke gerai untuk minum dan berborak sahaja. Pelanggannya juga makin hari makin berkurangan. Apa yang peliknya kalau anda lihat restoren McDonald walaupun dalam kemelesetan ekonomi, pelanggannya tetap setia dan restorennya sentiasa penuh.
Sebenarnya perniagaan francais seperti McDonald bukanlah menjual burger tetapi ianya menjual sistem perniagaan yang terbukti keberkesanannya. Di sebalik kaunter pelbagai sistem pengurusan sedang dilaksanakan seperti pengurusan pekerja, penjagaan kualiti makanan, logistic, kewangan dan sebagainya. Inilah yg membuatkan McDonald laku walaupun semasa kemelesetan ekonomi.
Jelaslah kejayaan seorang usahawan bukan hanya bergantung kepada produk semata-mata. Terdapat banyak aspek yang perlu dijaga oleh seorang usahawan, janganlah seperti beberapa usahawan yang mengimport barangan berkualiti dan senang-senang mengharapkan barangan itu akan laris tanpa usaha pemasaran.
Usahwan Belia Boleh!
