Terdapat banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (kerjaya, kewangan, masa), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.
“ duit bukan segalanya, fahami apa yang anda mahukan sebenarnya dalam hidup”
Anda sering mengeluh kekurangan modal ? Duit merupakan faktor utama kegagalan sesebuah perniagaan ? Tunggu dulu. Duit bukanlah segalanya. Keusahawanan memerlukan anda fahami dengan jelas apa yang anda mahukan sebenarnya dalam hidup. Sebenarnya , bukanlah jumlah wang yang menjamin kejayaan seseorang usahawan itu, tetapi bagaimana seseorang usahawan itu bertindak, mengurus serta bijak mengambil peluang secara konsisten tanpa kenal erti jemu ialah jawapannya.
“usahawan yang ketagih harta cenderung untuk melakukan perkara tidak beretika”
Kesusahan hidup serta keruntuhan ekonomi menyebabkan usahawan yang tagihkan harta cenderung melakukan apa sahaja hingga melupakan etika untuk mencapai matlamat. Ingat ! Matlamat tidak menghalalkan cara. Teladanilah bangsa Jepun . Mereka amat benci akan perkara-perkara yang tidak beretika ketika melakukan kerja dan berniaga. Mereka sanggup mengakui kesilapan dikhalayak ramai.Sebagai contoh, tidak lama dahulu, presiden syarikat pengeluaran kereta Toyota sanggup berhadapan dengan media US dan China berikutan kes kerosakan pedal minyak. Jika pembeli hilang kepercayaan terhadap seseorang usahawan, maka tidak ada sesiapa mahu beruurus niaga dengannya. Kerana pembeli akan sentiasa meragui keikhlasanan, komitmen dan etika perniagaannya.
“usahawan yang tamak akan mudah terpedaya dengan penipuan kerana tidak berfikir dengan tenang”
Usahawan yang tamak akan mudah terpedaya. Di luar sana pelbagai tawaran yang hebat dan menguntungkan kadangkala ‘too good to be true’. Jaminan projek bermodal kecil tetapi keuntungan besar dalam kadar segera ialah senario lazim yang buatkan usahawan tertipu kerana tidak berfikir secara tenang. Usahawan membuat keputusan berlandaskan ilmu, akal dan risiko yang mereka sanggup terima. Apabila perniagaan bertuhankan emosi dan ketamakan, kesilapan didalam membuat keputusan akan pasti berlaku dan merugikan usahawan tersebut.
“ duit tidak membawa kebahagiaan tetapi ia mampu membeli perkara yang dapat memberikan anda kebahagiaan”
Sekali lagi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya memerlukan pemikiran dua langkah ke hadapan bukan sekadar berapa jumlah wang yang berjaya dikumpul. Duit bukan segala-galanya ,apa yang penting kenal dan fahami apa yang anda mahu capai dalam kehidupan. Usahawan perlu senantiasa berlaku jujur. Kerana tagihkan harta, seseorang itu cenderung melakukan perkara yang tidak beretika. Jangan sesekali tamak kerana sifat ini dapat menyebabkan usahawan mudah terpedaya dengan penipuan. Akhir sekali fahami duit tidak membawa kebahgiaan tetapi ia mampu beli perkara yang dapat memberikan anda bahagia. Duit adalah suatu alat, suatu proses bukan matlamat akhir. Berikanlah sestuatu matlamat mulia kepada usaha anda untuk mengumpul wang. Inilah kenapa pelbagai agama menekankan amal menderma di jalan agama, kerana ramai yang begitu sibuk mengumpul wang sehinggakan di akhir hidup mereka , merekamepersoalkan apakah tujuan bagi wang yang banyak ini.
Jauhilah pemikiran usahawan=buat duit, dekatilah usahawan=inovasi & kebijakasaan.
Usahawan Belia Boleh.

[...] Keusahawanan Bukanlah Duit Semata-Mata [...]