Keusahawanan bermula dengan inovasi, dan diteruskan dengan ilmu dan kemahiran

March 28, 2010
By furydose


“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

Kuratko dan Hodgetts (2004)

Inovasi/kreativti/Idea adalah sukar dilakukan

Inovasi, kretiviti dan idea yang baik adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Walaubagaimanapun untuk mengeluarkan idea yang kreatif dan inovatif adalah sukar dilakukan. Pernah tak anda digesa oleh bos-bos anda supaya ‘think out of the box’ tetapi gagal untuk melakukannya. Ini kerana tak ramai yang mempunyai kreativti sejati. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda mendapatkan idea-idea yang bernas, salah satunya ialah proses ‘brainstorming’.

Menjadikannya sesuatu kenyataan lebih sukar: idea tidak praktikal, idea mungkin dicuri, tidak cukup modal, kemahiran & pengetahuan

Semua orang ada idea yang kononnya adalah bernas, tapi berapa banyak idea tersebut akan menjadi kenyataan. Pertama,  idea tersebut mungkin tidak praktikal seperti ingin mencebur bisnes perniagaan aiskrim di khutub utara, ataupun ingin menjual pasir di gurun sahara. Ini mungkin kerana usahawan yang memikirkan idea tersebut tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang mencukupi dalam bidang atau industri tersebut. Kedua, walaupun idea tersebut adalah bagus, usahawan tersebut ketiadaan ilmu atau pengetahuan teknikal yang mencukupi. Contohnya, seorang usahawan mungkin mahu membawa perniagaan francais keropok lekor ke Amerika Syarikat tetapi kalau dia tak tahu bagaiman nak masak keropok lekor, bagaimana nak jalan pernuiagaan tersebut? Idea juga mungkin dicuri akibat kecuaian diri usahawan sendiri. Selain modal yang tidak cukup, kemahiran dan pengetahuan juga faktor menjadi kan sesuatu kenyataan lebih sukar. Sesuatu kenyataan lebih sukar selalunya berlaku akibat tiada pengalaman yang secukupnya, atau tiada komunikasi dengan mentor usahawan yang lain.

Kekurangan Modal- walaupun ada duit, tidak semestinya laku, nak jaga hal2 kewangan juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran

Gagal merancang maka anda merancang untuk gagal. Kekurangan modal memang memberi impak yang besar untuk menjana kestabilan dan keuntungan sesebuah bisnes.Tetapi harus diingat, walaupun seseorang usahawan itu ada duit dan melakukan pemasaran yang besar-besaran di televisyen mahupun di surat khabar tidak menjamin barang dagangan akan laku. Disini lah perancangan yang teliti diperlukan.Pokoknya berbalik juga kepada pengetahuan, kemahiran individu serta disiplin. Berapa besar keuntungan menjadi tidak bernilai sekiranya modal yang perlu dikeluarkan juga amatlah besar.

Cthnya:

Sesebuah projek mega memerlukan modal  RM 10 juta modal untuk menghasilkan keuntungan RM 2 juta berbanding sesebuah bisnes yang lebih mudah diuruskan hanya bermodalkan RM 5 ribu tetapi potensi keuntungan menjangkau RM 3 ribu.

Kekurang ilmu dan kemahiran – jika ketiadaan ilmu & kemahiran adalah amat sukar menjadikannya realiti. Terdapat dua limitasi dalam dunia masa & ilmu/kemahiran http://www.beyonduni.com/2008/09/the-true-limitations-of-life/

Anda mesti pernah terdengar masa dan duit saling berkait rapat. Untuk mendapatkan ilmu pula menuntutkan banyak masa. Namun masa merupakan duit bagi para usahawan.Kekurangan ilmu dan kemahiran dalam bidang bisnes yang diceburi menyebabkan kebarangkalian keputusan yang dilakukan seseorang itu berisiko tinggi dan tidak efisyen. Pernahkah anda terdengar kawan, ahli keluarga ataupun sesiapa sahaja baru membeli kereta,kemudiannya  tidak sampai 2 bulan kereta itu tersadai di bengkel.Kenapa perkara ini terjadi? Kekurangan ilmu pengetahuan tentang kereta telah memaksa individu itu membuat keputusan tanpa penetahuan /informasi yang lengkap. Jika ketiadaan ilmu dan kemahiran, adalah amat sukar menjadikan matlamat atau objektif itu suatu realiti.

Usahawan Belia Boleh!

Related Posts with Thumbnails

One Response to Keusahawanan bermula dengan inovasi, dan diteruskan dengan ilmu dan kemahiran

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by furydose. furydose said: Keusahawanan bermula dengan inovasi, dan diteruskan dengan ilmu dan kemahiran http://bit.ly/9nn5qn [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*